Saturday, April 20, 2013

Allah Seeker ツ: APA BUKTI KITA PANDAI?

Allah Seeker ツ: APA BUKTI KITA PANDAI?: بسم الله الرحمن الرحيم "If we learn one new thing about our deen everyday actually we tend to open our minds to a better d...

Wednesday, February 13, 2013

Allah Seeker ツ: INI ISU MEREKA, ISU KITA & ISU KAMI.

Allah Seeker ツ: INI ISU MEREKA, ISU KITA & ISU KAMI.: Barangsiapa memperbaiki hubungannya dengan Allah,  Allah akan memperbaiki hubungannya dengan manusia.  Dan barangsiapa memperbaiki uru...

Allah Seeker ツ: INI ISU MEREKA, ISU KITA & ISU KAMI.

Allah Seeker ツ: INI ISU MEREKA, ISU KITA & ISU KAMI.: Barangsiapa memperbaiki hubungannya dengan Allah,  Allah akan memperbaiki hubungannya dengan manusia.  Dan barangsiapa memperbaiki uru...

Thursday, November 29, 2012

Saturday, August 14, 2010

PERGAULAN BEBAS YANG MEMESONGKAN AKIDAH

MUQADDIMAH

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemuran Dan Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekian alam. Selawat dan salam kepada Junjungan Nabi Besar Muhammad SAW, Nabi yang Ummi, yang tidak tahu membaca dan menulis, tetapi lebih pintar dan faham serta dapat membaca segala hati dan perasaan manusia melebihi mereka yang tahu membaca dan menulis serta mempu mendidik dan memimpin mereka kepada jalan keselamatan dunia dan akhirat.
Semasa peringkat pemerintahan penjajah di tanah melayu, masyarakat Melayu mengalami perubahan struktur dan organisasi setelah Tanah Melayu dijajah seluruhnya oleh Inggeris. Penjajahan Inggeris memperkenalkan bukan sahaja dasar-dasar baru dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan lain-lain, tetapi juga nilai-nilai baru yang terselindung di sebalik dasar-dasar tersebut. Orang Melayu, sama ada secara sedar atau tidak, turut mendokong nilai-nilai tersebut setelah menerima (secara paksaan atau terpaksa) dasar-dasar penjajahan dalam bidang-bidang keruntuhan akhlak dan gejala social serta pergaulan bebas yang terdiri daripada pengaruh budaya barat iaitu budaya skinhead, budaya punk dan budaya black metal. Gejala sosial dan pergaulan bebas ini boleh menyebabkan terpesongnya akidah seseorang terutama golongan remaja yang masih lemah dalam membuat keputusan dalam kehidupan.
Isu kemaksiatan, penagihan dadah, pembuangan bayi, mat rempit serta vandalisme yang berlaku dalam keluarga islam di Malaysia. Punca-punca telah dikenal pasti yang menjadi penyebab berlakunya gejalapergaulan bebas ini. Justeru itu isu-isu ini turut memberi kesan bukan sahaja kepada individu tersebut malah kepada masyarakat dan negara Malaysia serta dalam aspek akidah seseorang. Bagi mengatasi masalah ini beberapa tindakan turut dibincangkan bagi mengurangkan dan seterusnya menghapuskan gejala sosial seperti pergaulan bebas ini yang boleh merosakkan masa depan Negara dan boleh memesongkan akidah manusia terutama orang islam.
Pengaruh Budaya Barat Pertembungan elemen-elemen baru yang diperkenalkan oleh penjajah dengan amalan-amalan tradisi orang Melayu, banyak mewujudkan konflik dan kontradiksi. Konflik dan kontradiksi ini, terutamanya atas paras nilai, berlarutan hingga ke hari ini walaupun Negara kita telah bebas dari cengkaman penjajah. Ini kerana, pengaruh Barat dan nilai-nilai dari Barat terus melanda, malah menjadi kian dominan. Program-program pembangunan dan perindustriaan yang dilancarkan oleh negara-negara membangun termasuk Malaysia hari ini, masih mengambil model Barat.
Begitu juga dengan perkembangan teknologi maklumat menjadikan dunia kini semakin kecil. Segala perkembangan yang berlaku terutamanya, di negara-negara maju di Barat, akan tersebar dengan begitu cepat di seluruh dunia. Pengaruh barat ini dapat dilihat yang mana semakin menular dalam kalangan masyarakat kita hari ini terutamanya golongan muda-mudi yang mudah terpengaruh dengan aliran muzik dan budaya Barat seperti Black Metal, Punk dan Skinhead. Aliran-aliran ini jelas sama sekali bertentangan dengan ajaran agama Islam.
Kajian pergaulan bebas yang memesongkan akidah ini bertujuan untuk melihat isu-isu keruntuhan akhlak dan gejala sosial yang terdiri daripada pengaruh budaya barat iaitu budaya skinhead, budaya punk dan budaya black metal, isu kemaksiatan, penagihan dadah, pembuangan bayi, mat rempit serta vandalisme yang berlaku dalam keluarga islam di Malaysia. Kajian menunjukkan pembabitan masyarakat islam di Malaysia dalam jenayah yang tidak bermoral ini. Punca-punca telah dikenal pasti yang menjadi penyebab berlakunya gejala ini. Justeru itu isu-isu ini turut memberi kesan bukan sahaja kepada individu tersebut malah kepada masyarakat islam dan negara Malaysia. Bagi mengatasi masalah ini beberapa tindakan turut dibincangkan bagi mengurangkan dan seterusnya menghapuskan gejala sosial ini yang boleh merosakkan masa depan Negara dan umat islam zaman moden ini.





PERGAULAN BEBAS YANG BOLEH MEMESONGKAN AKIDAH

Pengaruh Pergaulan Yang Boleh Merosakkan Akhlak Dan Akidah
Pengaruh Skinhead
Skinhead adalah suatu sub-budaya yang lahir di London, Inggeris pada akhir tahun 1960-an. Sekarang Skinhead sudah menyebar ke seluruh belahan bumi. Nama Skinhead merujuk kepada para pengikut budaya ini yang rambutnya dipangkas botak. Meskipun Skinhead banyak diasosiasikan dengan kelompok orang-orang yang rasis dan Neo-Nazi, namun Skinhead yang sebenarnya tidaklah Neo-Nazi, kerana pada awalnya Skinhead adalah kaum tertindas dari kelas pekerja (utamanya buruh pelabuhan) di London, Inggeris. Skinhead juga bisa merujuk kepada kepada kelompok orang (biasanya remaja) yang merupakan peminat musik streetpunk dan juga punk. Sejak tahun 1990 lagi, budaya Skinheads telah dibawa masuk ke Malaysia. Namun pada masa itu golongan Skinheads adalah terlalu kecil. Pada tahun 1992 budaya Skinheads telah berkembang, ini kerana Singapura merupakan sumber maklumat tentang budaya Skinheads. Skinheads di Malaysia sering berulang alik dari Singapura ke Malaysia untuk mendapatkan maklumat tentang Skinheads. Pada mulanya golongan Punk Rock di Malaysia yang berperanan memperkembangkan budaya Skinheads. Ini adalah kerana pada masa itu masyarakat memandang serong tentang budaya Punk Rock.

Budaya Punk
Punk pula lahir di London, Inggeris. Sejak tahun 1980-an, saat punk bermaharalela di Amerika, golongan punk dan skinhead seolah-olah bersatu, kerena mempunyai semangat yang sama. Namun, Punk juga dapat bererti jenis muzik atau genre yang lahir di awal tahun 1970-an. Punk juga boleh diertikan sebagai ideologi hidup yang mencakup aspek sosial dan politik. Gerakan anak muda yang diawali oleh anak-anak kelas pekerja ini dengan segera membantah Amerika yang mengalami masalah ekonomi dan kewangan yang dipacu oleh kemerosotan moral oleh para tokoh politik yang memicu peningkatan pengangguran yang tinggi. Banyak yang menyalahartikan punk sebagai glue sniffer dan perusuh kerana di Inggeris pernah terjadi wabak penggunaan jem berbau tajam untuk mengganti bir/arak yang tak terbeli oleh mereka. Punk lebih terkenal dari hal fashion yang dikenakan dan tingkah laku yang mereka perlihatkan, seperti potongan rambut mohawk ala suku indian, atau dipotong ala feathercut dan diwarnai dengan warna-warna yang terang, sepatu boots, rantai dan spike, jaket kulit, celana jeans ketat dan baju yang lusuh, anti sosial, kaum perusuh dan kriminal dari kelas rendah, pemabuk berbahaya sehingga banyak yang mengira bahawa orang yang berpenampilan seperti itu sudah layak untuk disebut sebagai punker.

Pengaruh Black Metal
Black Metal merujuk kepada muzik yang mempunyai ciri-ciri khusus. Antaranya adalah ia mencemuh semua agama kecuali pagan. Oleh itu Black Metal boleh dianggap sebagai muzik keagamaan pagan. Dengan itu sebarang dakwaan bahawa muzik Black Metal tidak mencemuh agama meletakkan kelompok yang sedemikian terkeluar daripada Black Metal. Sementara yang mendakwa mereka merupakan pengikut Black Metal meletakkan diri mereka terkeluar daripada semua jenis agama. Pada 23 Januari 2006, Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan Malaysia telah memutuskan bahawa aliran muzik Black Metal dikategorikan sebagai ajaran sesat dan boleh menjejaskan akidah mereka yang mengamalkannya.

Sejarah Black Metal
Pada akhir 1980-an dan awal 1990-an, satu daripada tokoh terkenal di Norwegian adalah Oystein Aarseth, lebih dikenali sebagai Euronymous, pemain gitar Mayhem. Keadaan itu amat anti-Kristian: ia menegaskan bahawa matlamatnya adalah menghilangkan pengaruh Kristian dan semua agama bukan Scandinavian daripada kebudayaan Norwegian dan mengembalikan negara tersebut kepada asas Norse. Salah satu daripadanya, mempunyai kaitan dengan NSBM, termasuk unsur anti-Semitism berterang-terangan. Pergerakan ini dipengaruhi oleh 'Inner Circle', yang dianggotai oleh Aarseth dan beberapa sahabatnya, daripada bilik bawah tanah kedai rekod Aarseth, Helvete (Hell). Lokasi tersebut turut mempunyai studio rakaman, di mana rekod yang dihasilkan oleh Mayhem dan beberapa kumpulan muzik lain yang terikat dengan label bebas Aarseth, Deathlike Silence Productions. Matlamat yang dinyatakan bagi Deathlike Silence merupakan "menerbitkan rekod oleh kumpulan pemuzik yang merupakan kebangkitan kejahatan dalam bentuk paling sempurna".
Kerosakan Akhlak Membuktikan Kemerosotan Akidah
Iman adalah suatu tenaga yang mempertahankan diri dari segala kerendahan dan keburukan, dan mendorongnya kepada segala rupa kemuliaan. Dengan sebab itu,Allah S.W.T ketika menyeru hamba-hamba-Nya agar melakukan atau menegah dari kejahatan, telah menggantungkan dia atas kadar imam yang ada di dada mereka. Tidakkah kita selalu jumpai dalam Al-Quran yang bermaksud (wahai mereka yang beriman) kemudian baru dinyatakan atau disebutkan apa-apa arahan atau perintahnya

(Al-Taubah:Ayat 119)
Ertinya : Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang Yang benar .
Junjungan Rasulullah S.A.W telah menjelaskan bahawa Iman yang teguh itu tetap memerlukan budi pekerti yang teguh dan kemerosotan akhlak puncanya ialah kelemahan iman atau ketiadaan langsung, menurut keadaan kejahatan yang dilakukan itu dari segi besar atau kecil.
Orang yang mukanya tebal (tak malu) dan serong perjalanan hidupnya, melakukan segala perbuatan keji tanpa menghiraukan siapa-siapa telah disifatkan oleh junjungan Rasulullah dalam sabdanya yang bermaksud “Malu dan Iman itu adalah dua sifat (sebagai teman) seiring jalan. Jika diangkat (ditarik) salah satunya nescaya yang satu lagi akan turut sama”.
Orang yang memusuhi jiran-jirannya dan selalu menyakitinya, baik dengan perbuatan atau perkataan, adalah dipandang berat sekali oleh islam sehingga junjungan Rasulullah telah bersumpah tiga kali berturut-turut:
“Demi Allah tidak ia beriman, demi Allah tidak ia beriman, demi Allah tidak ia beriman”. Bertanya sahabat: “siapakah dia wahai Rasulullah?” Sahutnya: “Iaitu orang yang tidak aman jiran tetangga dari menerima kejahatannya”.
Junjungan Rasulullah ketika mengaja pengikut-pengikutnya supaya berpaling dari tuturkata yang sia-sia dan meninggalkan kata-kata kosong telah bersabda yang bermaksud:
“barang siapa yang beriman dengan Allah dari akhirat maka hendaklah bertutur kata dengan tutur kata yang baik atau diam sahaja”.
Dalam hal begitu adalah lumrah dan banyak kita dapati orang-oramg yang mengakui dirinya Islam tetapi amat cuai menjalankan perintah-perintah agama. Semasa di khalayak ramai mereka menunjuk-nunjuk yang mereka orang yang teguh beribadat sedangkan di belakang mereka melakukan kerja-kerja yang jijik dan bertentangan dengan budi pekerti yang mulia dan keimanan yang sebenar.
Junjungan Rasulullah sentiasa mengancam mereka yang bersifat demikian dan mengingatkan umatnya supaya menjaukan diri dari mereka itu, kerana perbuatan ikut-ikut dalam kerja ibadah itu boleh dilakukan sesiapa sahaja. Dalam hal ini juga mengatakan kita dilarang ikut perkara yang tidak berfaedah seperti pergaulan bebas yang boleh merosakkan akidah.

PUNCA-PUNCA BELAKUNYA KERUNTUHAN AKIDAH
Setiap hari isu-isu gejala sosial yang membabitkan gadis remaja hangat diperkatakan, secara tidak langsung, isu ini turut menggambarkan bahawa gadis remaja kini semakin agresif, berani, dan liar. Banyak kajian akademik telah dibuat oleh mereka yang pakar dan terlibat secara langsung dengan isu-isu remaja secara langsung dan tidak langsung seperti pihak kementerian, jabatan, agensi, persatuan dan NGO, pihak cerdik pandai, orang perseorangan dan lain-lain. Daripada kajian yang telah dijalankan didapati masalah remaja ini mempunyai hubungan kait yang luas dengan masyarakat, keluarga, pengetahuan agama, tahap pendidikan, suasana rumah, pengaruh luar, media, hiburan, jati diri, rakan-rakan dan lainlain. Apabila masalah keruntuhan remaja dibincangkan soalan yang biasa ditanya ialah siapa yang harus dipersalahkan dan mengapa perkara ini berlaku?
Perasaan Ingin Tahu dan Ingin Mencuba
Remaja ialah mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Pada peringkat usia ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka akan mengundang perasaan ingin tahu dalam kalangan remaja. Secara tidak langsung membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara-perkara tersebut. Perasaan begitu sebenarnya adalah baik untuk remaja, namun yang menimbulkan masalah apabila mereka tiada ‘guide line’ dari orang-orang yang sepatutnya, umpamanya para ibu bapa, keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi perasaan ingin tahu remaja akan mendorong mereka melakukan apa ingin dilakukan tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara perkara tersebut.

Pengaruh Rakan Sebaya
Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang baik, boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk. Selain itu sikap remaja turut menyumbang kepada gejala sosial, kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih memahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan. Mereka lupa bahawa “kawan juga kadangkala boleh makan kawan”. Dalam keadaan ini ramai para remaja terjerumus ke dalam gejala sosial.

Pengaruh Media Massa
Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial dalam kalangan para remaja hari ini. Tidak semuanya apa yang dipaparkan di media massa itu memberikan kesan yang buruk. Namun, ada segelintir program-program dan drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas dalam kalangan remaja, program-program realiti televisyen, serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata-mata mempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak baik. Umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara barat. Terdapat juga unsur-unsur lucah dan mengghairahkan terdapat dengan mudah dipasaran sama ada dalam bentuk bercetak, CD, atau lain-lain selain dari itu bahan media ini mudah diperolehi.

Sikap Keluarga
Dalam hal ini keluarga juga ada kalanya menjadi pendorong bertambahnya gejala social dalam kalangan remaja. Walaunpun tidak berlaku pada semua keluarga, tetapi keluarga yang mengamalkan sikap terlalu mengongkong atau terlalu memberikan kebebasan kepada para remaja, boleh menjadi penyumpang kepada wujudnya masalah ini. Mereka menjadi ahli keluaraga yang hanya hidup tapi tidak diperduli dan tidak diberi input kerohanian, kesedaran, nilai-nilai mulia dan keagamaan yang cukup. Keluarga yang terlalu mengongkong ialah keluarga yang mengamalkan sikap terlalu tertutup. Maksudnya keluarga itu seolah-olah telah menetapkan suatu undang-undang atau peraturan yang perlu diikuti oleh setiap ahli keluarga tanpa kompromi. Keadaan ini boleh menyebabkan jiwa remaja memberontak dan jika berpeluang keluar dari keadaan itu mereka akan melakukan apa sahaja yang terlintas di fikiran tanpa berfikir panjang. Manakala keluarga yang terlalu memberikan kebebasan ini biasanya bersikap terbuka yang keterlaluan.
Di dalam keluarga sebegini, tiada suatu peraturan atau ketetapan khusus yang diamalkan. Keadaan ini juga tidak baik kerana para remaja perlukan sesuatu yang boleh dijadikan panduan untuk menjalani kehidupan mereka. Tanpa panduan, belum tentu mereka dapat melalui kehidupan ini dengan sebaik mungkin mengakibatkan mudah terjerumus ke arah gejala sosial yang pelbagai kini. Institusi keluarga penting untuk membantu mengelakkan para remaja dari terjebak dengan gejala sosial. Paling penting perlu dititik beratkan ialah tentang agama. Adanya asas agama yang teguh, remaja tidak akan sewenang-wenangnya terjerumus kepada perkara yang tidak baik. Dalam hal ini peranan ibu bapa sangat penting, terutamanya sebagai model kepada anak-anak. Kesibukan bukan alasan sebagai penghalang ibu bapa mengambil berat hal anak-anak mereka. Paling penting ibu bapa tahu berperanan dan mengamalkan masa yang berkualiti dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya mempunyai masa untuk berkomunikasi dan mengambil tahu perihal anak-anak mereka. Selain itu, ibu bapa yang memiliki anak remaja hendaklah ‘menjadi rakan’ kepada mereka. Dengan ini anak-anak akan lebih mempercayai ibu bapa dan menjadikan mereka sebagai rujukan jika berdepan dengan masalah.
Apabila anak-anak bercerita tentang masalah mereka, ibu bapa hendaklah memberikan tumpuan. Jangan terus membuat spekulasi yang tidak baik ataupun terus menghukum. Berikan masa untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik. Ibu bapa juga digalakkan merancang aktiviti bersama anak-anak dan ahli-ahli keluarga. Contohnya, di bulan Ramadan ini, seboleh-bolehnya semua ahli keluarga berkumpul untuk berbuka puasa ataupun bersama-sama ke surau atau masjid untuk menunaikan solat sunat Tarawih. Para ibubapa juga perlu sentiasa memantau keadaan anak-anak, tidak boleh ‘just take for granted’.
Mereka tidak boleh membiarkan anak-anak bersendirian menentukan jalan hidup mereka. Anak-anak perlu dibimbing. Selain itu, ibu bapa perlu mengenali rakan anak-anak remaja mereka. Jika perlu, sesekali minta supaya anak-anak membawa rakan-rakan mereka ke rumah supaya dapat dipastikan dengan siapa anak kita berkawan. Ibu bapa harus sentiasa berdoa agar anak-anak mereka terhindar dari perkara-perkara yang tidak diingini. Mereka harus sedar bahawa doa ibubapa sangat penting untuk kesejahteraan hidup anak-anak.

BATAS PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN WANITA
Dalam Al-Quran dan As-Sunnah telah jelas kepada kita tentang perintah agar umat Islam mengikuti dan mencontohi perihidup Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya. Para wanita muslimah pula diperintahkan agar mencontohi para isteri Baginda SAW. Selain itu dianjurkan juga mengikut syahsiah para ulamak yang bersifat pewaris para nabi serta para isteri mereka.

Firman Allah

Maksudnya: Katakanlah (Wahai Muhammad) "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani .-( Ali Imran ayat 31)

Batas aurat wanita dengan lelaki .
Para ulama sepakat berpendapat bahawa aurat perempuan kepada lelaki bukan muhramnya ialah seluruh tubuh, kecuali muka dan kedua tapak tangannya. Ini berpandukan kepada ayat Al-Quran surah An Nur ayat 31, Al Ahzab ayat 53 dan 59 serta riwayat beberapa buah hadis.
Firman Allah surah An-Nur ayat 31

Maksudnya : ‘dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka .




Firman Allah surah Al-Ahzab ayat 53
Maksudnya : Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu masuk ke Rumah Nabi (menunggu makanan masak kerana hendak makan bersama), kecuali kamu dijemput untuk menghadiri jamuan, bukan Dengan menunggu-nunggu masa sajiannya; tetapi apabila kamu dijemput maka masuklah (pada waktu Yang ditetapkan); kemudian setelah kamu makan maka hendaklah masing-masing bersurai dan janganlah duduk bersenang-senang Dengan berbual-bual. Sesungguhnya Yang demikian itu menyakiti dan menyusahkan Nabi sehingga ia merasa malu (hendak menyatakan hal itu) kepada kamu, sedang Allah tidak malu daripada menyatakan kebenaran. dan apabila kamu meminta sesuatu Yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. cara Yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka. dan kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasul Allah dan tidak boleh berkahwin Dengan isteri-isterinya sesudah ia wafat selama-lamanya. Sesungguhnya Segala Yang tersebut itu adalah amat besar dosanya di sisi Allah .


Firman Allah surah Al-Ahzab ayat 59

Maksudnya : Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani .
Golongan Muhram Dengan Wanita
Golongan yang menjadi muhram kepada wanita , iaitu golongan yang boleh melihat aurat wanita mengikut kadar yang telah di tentukan, sepertimana yang di firmankan oleh Allah dalam surah:
An Nur ayat 31

Maksudnya : "Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya .
Ayat di atas menjelaskan golongan yang dibolehkan melihat aurat wanita ialah suami dan yang muhram dengan wanita itu, antaranya ialah suami, bapa sendiri (bapa kandung), bapa suami atau bapa mentua, anak lelaki.Anak lelaki suaminya iaitu anak tiri atau anak isteri lain bagi suaminya (anak madunya atau anak bekas isteri suaminya bersama suaminya) sama ada isteri suaminya itu telah mati atau telah bercerai (masih hidup). Tapi bukan anak bekas isteri suaminya dengan suami lain yang dikahwininya setelah bercerai dengan suaminya.Saudara lelaki iaitu adik atau abang kandung seibu dan sebapa atau seibu berlainan bapa atau sebapa berlainan ibu. Anak lelaki kepada saudara lelaki (anak saudara).
Anak lelaki kepada saudara perempuan (anak saudara). Wanita Islam,iaitu yang berakhlak. Hamba lelaki yang mereka miliki. Pelayan lelaki (khadam) yang sudah tidak ada syahwat kepada wanita. Kanak-kanak lelaki (yang bukan muhram) yang belum mengerti tentang aurat wanita (belum mumayyiz). Dalam ayat Al-Quran di atas cuma disebut 12 golongan. Sementara 5 golongan lain lagi disebut oleh hadis. Mereka ialah anak lelaki susuan,bapa susuan saudara susuan, Bapa saudara susuan, datuk susuan hingga ke atas. Dan anak saudara susuan hingga ke bawah dan menantu lelaki.

KESAN DAN CABARAN TERHADAP FENOMENA KERUNTUHAN AKHLAK
Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberikan kesan dan impak yang begitu besar dalam masyarakat. Remaja merupakan aset utama negara pada masa akan datang, memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka. Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu. Kiranya individu itu mempunyai akhlak yang buruk, maka secara automatiknya peribadi individu itu juga akan menjadi buruk. Remaja yang mempunyai akhlak yang buruk boleh memberi kesan kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara.
Kesan Ke atas Individu
Akhlak merupakan cermin dan peribadi seseorang individu. Oleh itu akhlak sangat penting dalam kehidupan seharian seseorang individu. Individu yang mempunyai akhlak yang baik akan dipandang mulia dan tinggi, manakala individu yang tidak mempunyai akhlak yag baik akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling. Akhlak yang baik seharusnya dihiasi dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Namun begitu kebanyakan remaja pada hari ini, terutamanya remaja muslim, mempunyai akhlak yang begitu memalukan agama, bangsa dan negara. Banyak kejadian seperti pembuangan bayi, zina, perjudian, budaya homoseksual, penagihan dadah dan sebagainya dilakukan oleh remaja muslim pada hari ini yang kebanyakan mereka berpaksikan dan bertunjangkan nafsu dan amalan yang dipengaruhi oleh budaya-budaya Barat dan asasnya mungkin berpunca daripada kurangnya pegangan agama pada diri mereka. Tidak dapat dinafikan juga kesan keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang mendalam pada diri individu.

Kesan Ke atas Keluarga
Keluarga memainkan peranan yang penting kerana dari institusi kekeluargaanlah kebahagian dan keharmonian sesuatu masyarakat itu bermula. Keruntuhan institusi kekeluargaan akan menyebabkan hilangnya kebahagian dan keharmonian dalam sesuatu masyarakat. Akhlak yang baik dan mulia datangnya daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Benarlah kata–kata hikmah yang menyatakan bahawa rumah itu adalah akar segala-galanya. Oleh sebab itu, keruntuhan akhlak akan menyebabkan dan memberikan kesan yang besar ke atas kebahagian dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu. Antara kesan yang akan berlaku akibat terhadap institusi kekeluargaan ialah:
• Keruntuhan institusi kekeluargaan akan berlaku. Akhlak yang baik datangnya daripada keluarga yang harmoni dan bahagia.
• Akibat wujudnya ketidakharmonian dalam kekeluargaan, pastinya akan wujud penceraian.
• Masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara. Anak–anak akan hilang tempat bergantung dan bermanja.
• Wujudnya masalah-masalah sosial yang lain seperti budaya lepak, ketagihan dadah, pelacuran, perjudian, hubungan sesama jenis dan masalah-masalah yang lain.
Kesan Ke atas Masyarakat
Keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang sangat besar dalam masyarakat. Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa dapat dilihat dari segi akhlak dalam masyarakat itu sendiri. Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan. Budaya kuning dan pengaruh budaya Barat mudah meresap masuk dan menjadi ikutan para remaja hari ini. Kiranya hal ini tidak dibendung oleh pihak–pihak yang tertentu, terutamanya oleh pihak kerajaan dan juga pihak–pihak yang berwajib, maka tidak hairanlah pada masa akan datang masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlak remaja–remaja Melayu terutamanya akan rosak dan binasa. Oleh itu pihak–pihak atau anasir luar akan cuba mengambil kesempatan atas kelemahan bangsa kita sendiri. Namun begitu kesan yang paling ketara yang akan dilihat kiranya akhlak remaja pada hari ini tidak dikawal ialah:
• Masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan tidak bersatu-padu.
• Perasaan buruk dan prasangka pasti akan wujud dalam masyarakat. Sifat saling curiga-mencurigai akan bertahta di hati masyarakat.
• Wujudnya pergaduhan dalam masyarakat akan pasti akan berlaku. Isu-isu perkauman akan wujud seandainya pergaduhan ini melibatkan antara dua kaum.
• Kadar jenayah dalam kalangan masyarakat juga akan meningkat yang mana hal ini disebabkan oleh kadar keruntuhan akhlak di kalangan remaja semakin meningkat.
• Keharmonian dalam masyarakat tidak akan wujud.
Kesan Ke atas Negara
Tidak dapat dinafikan juga keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang sangat besar kepada negara. Jatuh dan bangunnya sesebuah negara dan masyarakat itu bergantung kepada akhlak remaja atau generasi pada waktu sekarang. Tidak dapat dinafikan lagi, akhlak remaja pada waktu ini berada pada tahap yang membimbangkan. Semua pihak terutamanya kerajaan, badan NGO, dan juga daripada masyarakat itu sendiri harus berganding bahu untuk menangani gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja. Antara kesan yang akan berlaku ialah:
• Negara akan kehilangan generasi dan kepimpinan pada masa hadapan.
• Kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan ekonomi negara juga sukar untuk berkembang kerana wujudnya gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang yang tinggi di kalangan masyarakat.
• Kadar jenayah dalam negara juga akan meningkat sejajar dengan peningkatan gejala sosial dan keruntuhan akhlak.
• Perbelanjaan kerajaan akan juga turut meningkat akibat berlakunya dalam peningkatan dalam kadar jenayah.
• Anasir-anasir luar akan mudah meresap masuk kedalam negara seandainya generasi pada hari ini tidak tahu menjaga akhlak mereka.
• Kiranya akhlak remaja pada hari ini terutamnya akhlak remaja Islam hancur dan rosak, maka pandangan bangsa lain terhadap agama yang kita anuti pada hari ini tentulah serong dan buruk.

CARA MENGATASI KERUNTUHAN AKHLAK
Akhlak dan adap seharian sebagai penghias peribadi muslim .Islam telah menetapkan garis panduan yang perlu diikuti oleh setiap orang muslim dalam menjalani kehidupan sehariannya. Marilah kita berusaha melatih diri kita agar ianya menjadi suatu kebiasaan dan menjadikan kita sebagai seorang muslim yang mempunyai akhlak yang murni dan terpuji. Seorang muslim yang berakhlak baik tidak akan melakukan perkara yang keji dan kurang sopan walaupun ketika bersendirian kerana dia malu dan yakin bahawa Allah SWT sentiasa melihat dan mengawasi dirinya.
Perbincangan mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar remaja. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja ini. Berikut beberapa saranan:
Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.
Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.
Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.
Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif. PIBG jangan lah jadi umpama “KUCING TAK BERGIGI, TIKUS BERANI LOMPAT TINGGI-TINGGI”








KESIMPULAN
Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting: ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Dengan kata lain, walau apapun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi.
Kajian ini mendapati bahawa keruntuhan akhlak dalam kalangan rakyat Malaysia begitu membimbangkan dan boleh merencatkan kecemerlangan Negara dan kesucian islam. Malahan jika ini tidak ditangani dengan bijaksana serta perancangan yang teliti pastinya akan mengancam keselamatan negara dan agama islam kerana elemen-elemen keruntuhan akhlak ini boleh menjerumuskan seseorang itu ke arah kehancuran. Kecemerlangan yang dilaungkan dan digembar gemburkan ketika ini tidak memberi apa-apa makna kiranya akhlak rakyat tidak seiring dengan agenda untuk mencemerlangkan negara bangsa dan pembangunan umah. Inilah antara yang menjadi isu dan cabaran besar pemimpin dan semua pihak untuk menentukan negara dan agama islam yang gemilang.
Namun kita dapati sebahagian umat islam hari ini semacam kehilangan panduan. Kerana golongan yang disuruh ikut, mereka tidak ikut, sebaliknya golongan yang dilarang ikut, mereka ikut secara membabi buta, sehingga mendorong mereka terjerumus kejalan kebinasaan dan kesesatan. Tepatlah sebagaimana yang disebut oleh Nabi Muhammad SAW, bahawa di akhir zaman nanti umat islam akan mengikuti cara hidup orang-orang Yahudi dan Nasrani sejengkal demi sejengkal sehingga masuk kedalam lubang biawak pun mereka ikuti juga.






BIBLIOGRAFI

Ustaz Jaafar Salleh, Batas-Batas Aurat Dan Pergaulan Serta Hukum Persolekan Dalam Islam.
Muhammad Al-Ghazali, Akhlak Muslim.
Mohd. Yusoff, Bimbingan Akhlak Mulia Yang Murni & Terpuji.
Al-Quran Dan Terjemahan.
Hashim bin Haji Bedu, Seminar Kaunseling Keluarga 2008.
http://mutiaraislam.wordpress.com/2009/03/22/masalah-sosial-di-kalangan-remaja-punca-dan-penyelesaian/

K.H.M Syafi’i Hadzami, Seratus Masalah Agama jilid 1,2,3,4 & 5

PASARAN SAHAM

Pasaran saham adalah pasaran umum untuk perdagangan sesebuah saham syarikat dan bentuk terbitan pada satu harga dipersetujui terdapat sekuriti disenaraikan di bursa saham serta yang hanya didagangkan secara swasta. Pengertian saham secara umum dan sederhana adalah “surat berharga yang dapat dibeli atau dijual oleh perorangan atau lembaga di pasar tempat surat tersebut diperjual belikan”. Saham (stock) merupakan salah satu instrumen pasar kewangan yang paling popular. Menerbitkan saham merupakan salah satu pilihan perusahaan ketika memutuskan untuk pendanaan perusahaan. Pada sisi yang lain, saham merupakan instrument investasi yang banyak dipilih para investor karena saham mampu memberikan tingkat keuntungan yang menarik. Saham juga dapat didefinisikan sebagai tanda penyertaan modal seseorang atau pihak (badan usaha) dalam suatu perusahaan atau perseroan terbatas. Dengan menyertakan modal tersebut, maka pihak tersebut memiliki klaim atas pendapatan perusahaan, klaim atas asset perusahaan, dan berhak hadir dalam Rapat Umum Pemegang Saham (RUPS).
Apabila sesebuah syarikat diwujudkan untuk menjalankan sesebuah perniagaan, modal diperlukan bagi membiayai operasi syarikat tersebut. Kebiasaannya pada peringkat pemulaan sumber modal diperlukan dari syarikat atau pengusaha itu sendiri. Setelah syarikat berkembang maju dan memerlukan modal yang lebih besar untuk mendapatkan modal tambahah, syarikat akan membuat pinjaman atau mendapatkan sumber-sumber yang lain. Pengusaha boleh membuat pinjaman dengan institusi kewangan tetapi sumbernya terhad dan keupayaan meminjam syarikat mungkin telah digunakan sepenuhnya. Oleh itu terdapat alternatif lain untuk mendapatkan modal iaitu dari orang awam dengan menerbitkan saham. Syarikat akan menawarkan saham kepada orang awam yang berminat untuk melabur di dalam syarikat tersebut. Ia dikenali sebagai saham biasa.
Saham biasa ialah sekuriti atau instrumen kewangan yang melambangkan pemilikan ke atas syarikat. Ini bermakna pemegang saham biasa adalah pemilik sebenar syarikat berkenaan. Lebih banyak saham yang di pegang oleh individu makin besarlah bahagian syarikat yang di milikinya. Penawaran saham-saham dan urusniaganya di jalankan di Bursa Saham. Saham biasa (common stock). Pemegang saham jenis ini mewakili kepemilikan di perusahaan sebesar modal yang ditanamkan. Keuntungan yang didapatkan oleh pemegang saham ini berupa dividen yang berasal dari keuntungan perusahaan. Pemegang saham ini tidak memiliki jaminan pasti atas return yang dihasilkan perusahaan. Apabila perusahaan mendapatkan keuntungan, maka pemegang saham akan mendapatkan dividen sebesar alokasi yang ditetapkan oleh RUPS. Namun, apabila perusahaan pada dilikuidasi atau bankrap, pemegang saham jenis ini adalah yang paling akhir mendapatkan hak atas aset perusahaan setelah semua kewajiban perusahaan dibayar dan pemegang saham preferen dibayar sebesar nilai per sekuriti mereka.
Selain keuntungan berupa dividen, pemegang saham biasa juga akan mendapatkan keuntungan dari nilai beli dengan nilai jual sahamnya. Katakanlah, jika anda membeli sebuah saham pada harga RM 500 dan menjualnya pada harga mencapai RM 600, maka anda akan memperoleh keuntungan sebesar RM 100 dikalikan dengan jumlah saham yang anda jual. Keuntungan jenis ini disebut capital gain. Sebaliknya jika harga saham mengalami penurunan, maka anda mengalami kerugian yang disebut capital loss. Selain klaim atas aset perusahaan paling rendah dibandingkan dengan komponen perusahaan yang lain, juga tidak adanya maturity date atau waktu tamat tempoh.
Saham preferen (preferred stock). Saham jenis ini memiliki sifat hybrid yang bermaksud selain memiliki saham, juga memiliki sifat seperti halnya obligasi. Jika anda memiliki saham jenis ini, anda akan mendapatkan pembayaran secara teratur sebesar harga pari saham dikalikan dengan bunga setiap tahun (sifat obligasi). Apabila saham preferen anda berjenis cumulative, maka jika anda belum menerima pembayaran dividen tahun lalu akan diakumulasikan dengan dividen tahun berjalan. Jenis yang lain yaitu non cumulative, yang artinya anda tidak akan menerima dividen yang tidak dibayarkan periode lalu, sedangkan yang berjenis participating akan menerima peningkatan nilai dividen proporsional mengikuti peningkatan dividen saham biasa. Pemilik saham preferen memiliki hak suara untuk memilih direktur perusahaan, hanya jika dividen tidak dibayarkan selama setahun atau lebih.
Sifat preferen ini tercermin pula pada perlakuan yang diterima saat perusahaan dilikuidasi. Pemilik saham ini akan menerima pembayaran sebesar harga pari saham sebelum dividen atas pemegang saham biasa dibayarkan. Oleh karena banyak sifat saham jenis ini yang menyerupai obligasi, maka beberapa pihak menggolongkannya ke dalam fixed income.
Pasaran wang secara Islam adalah pasaran yang pertama di negara ini di mana ia telah ditubuhkan pada bulan Januari 1994. Di dalam pasaran wang secara Islam ini terdapat dua komponen yang utama, iaitu Pelaburan Mudharabah Antara Bank. Pelaburan jenis ini membolehkan bank yang mempunyai lebihan dana melabur dalam bank yang kekurangan dana berdasarkan konsep Mudharabah. Biasanya tempoh matang pelaburan adalah sehingga 1 tahun dari tarikh mula melabur dan nisbah perkongsian untung telah dipersetujui bersama. Urusniaga nota Islam. Antara jenis nota yang ada di pasaran ialah IAB (Bil Pertukaran Islam/Islamic Accepted Bill) IDS, ICPs, INIs, BMC (Bon Mudharabah Cagamas) dan GII. Pada November 2000, BNM telah mmeperkenalkan instrumen baru iaitu Nota Boleh Niaga berdasarkan Bai Al-Inah, kaedah menjual sesuatu barang dengan harga tangguh kemudian membelinya balik daripada pembeli secara tunai dengan harga yang kurang daripada harga jualan.
Pasaran Modal Islam ini di bawah seliaan Suruhanjaya Sekuriti (SS) berjaya diwujudkan ekoran kejayaan sistem perbankan Islam. Elemen-elemen yang terdapat di bawah Pasaran Modal Islam ini adalah, Pasaran Ekuiti dan Pasaran Hutang Islam. Di bawah Pasaran Ekuiti terdapat Amanah Saham Islam, Indeks Islam BSKL, Kaunter Halal (MPS SS), Firma broker saham secara Islam dan Jendela broker saham Islam. Manakala, untuk Pasaran Hutan Islam pula, terdapat Bon Islam, Nota Dagang Islam, Bon Khazanah (bon tanda aras) dan Bon Mudharabah Cagamas. Pasaran Hutang Islam ini meliputi 28.5% daripada pasaran hutang swasta.
Pasaran Ekuiti Amanah Saham dan Broker Saham Islam. Terdapat 17 tabung Amanah Saham secara Islam di pasaran. Tiga tabung amanah ini dipegang oleh kerajaan dan 14 tabung lagi dipegang oleh pihak Swasta. Untuk Broker Saham Islam pula, terdapat sebuah firma broker saham Islam dan tiga jendela broker Saham Islam oleh syarikat-syarikar broker saham konvensional. Broker Saham Islam ini bertindak sebagai broker untuk membeli dan menjual saham yang telah disahkan oleh Majlis Pengawasan Syariah Suruhanjaya Sekuriti (MPS SS). Indeks Islam BSKL telah diperkenalkan pada April 1999. dan berfungsi adalah untuk menjejaki prestasi saham-saham yang berlandaskan syariah di dalam BSKL. Ianya dibina daripada kaunter-kaunter yang diluluskan oleh MPS Suruhanjaya Sekuriti. Pada 27 April 2001, kira-kira 627 atau 78% daripada sekuriti-sekuriti yang diluluskan tersenarai di dalam BSKL.
AIBIM dan IBFIM. AIBIM (Association of Islamic Banking Institutions In Malaysia Islamic Banking Institutions In Malaysia) terdiri daripada Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan sistem perbankan Islam yang lain-lain. AIBIM merupakan pertubuhan institusi-institusi perbankan Islam di Malaysia. Ianya ditubuhkan bertujuan untuk mengemaskini dan memantapkan lagi operasi perbankan Islam di Malaysia. Di samping itu, ianya juga menyeragamkan operasi sistem perbankan Islam di bank-bank Islam. AIBIM juga bertindak sebagai platfom untuk menyuarakan pandangan atau isu perbankan Islam secara kolektif khususnya kepada Bank Negara Malaysia (BNM). IBFIM (Islamic Banking and Finance Institute Malaysia) adalah institut latihan untuk perbankan Islam dan syarikat kewangan Islam di Malaysia. IBFIM pada asalnya adalah BIMB Research and Training (BIRT), telah ditukar kepada IBFIM secara rasminya pada Februari 2001 dan juga dimiliki oleh seluruh industri Perbankan Islam. Matlamat utama IBFIM adalah untuk melahirkan golongan yang pakar dalam perbankan konvensional dan perbankan Islam serta syariah.


Pasaran Saham Pada Pandangan Islam
Saham adalah akitiviti pelaburan ekonomi jangka pendek dan jangka panjang yang halal di mana segala urus niaganya adalah diharuskan oleh Islam. Namun begitu terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira bagi memastikan sesuatu saham yang ingin dilaburkan itu halal dan tidak menyalahi prinsip muamalah Islam. Urus niaga saham dalam sesuatu institusi syarikat atau stok yang memperniagakan sesuatu yang dibenarkankan oleh Islam hukumnya harus kerana ia disifatkan sebagai berkongsi berbentuk pelaburan dalam sesuatu aktiviti perniagaan yang dilaksanakan. Ini adalah bersandarkan kepada firman Allah s.w.t dalam surah Al-Qasas, ayat 77 yang bermaksud "Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri Akhirat dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi".
Dengan demikian saham yang dimiliki itu boleh diperjualbelikan sepertimana urus niaga muamalah lain. Urus niaga saham juga sekiranya telah cukup haul yang ditetapkan maka wajib dikenakan zakat perniagaan sebanyak 2.5% dan istimewanya saham juga boleh diwakafkan sepertimana harta alih lain bagi tujuan kebajikan. Sarjana Ekonomi Islam yang terkenal Abd. Al-Rahman Zaki Ibrahim (1998) menyatakan bahawa bursa saham adalah institusi permodalan contoh yang muncul dan berkembang semasa berkembangnya sistem kapitalis Barat. Contoh bursa ialah pasaran saham dan syer atau bon kerajaan yang beroperasi secara tunai (cepat) dan bertangguh atau hutang. Bursa memberikan banyak kebaikan kerana pemegang saham boleh mengetahui turun dan naik harga saham setiap hari melalui papan harga yang dipamerkan di syarikat bursa. Saham boleh ditukarkan kepada wang atau sebaliknya pada bila-bila masa sahaja. Saham juga boleh menjadi harta cair secara runcit atau seluruhnya pada bila-bila masa tanpa memecahkan harta tersebut. Dengan cara ini, bursa menggalakkan orang ramai untuk melaburkan harta masing-masing. (Petunjuk Amalan Ekonomi Islam, DBP, halaman 176-177).
Keharusan pembelian dan aktiviti saham tertakluk kepada beberapa syarat dan piawaian ketat yang ditetapkan oleh Islam. Menurut Nik Mustapha Nik Hassan (2006) urusniaga tersebut hendaklah tidak terdapat sebarang elemen riba dalam sumber pembiayaan pelaburan; tidak wujud unsur maisir atau judi dalam mekanisme kegiatan pelaburan; tidak terdapat elemen gharar atau sesuatu yang tidak jelas dan kabur dalam aktiviti-aktiviti ekonomi syarikat dan ianya tidak bercanggah dengan syariah; serta tidak terdapat unsur manipulasi pasaran atau bersifat penindasan yang boleh mempengaruhi harga sesuatu saham untuk kepentingan diri atau institusi terbabit. (Pentingnya Sektor Kewangan Dan Pasaran Saham, Berita Harian, 4 Oktober )
Di Malaysia, proses kawal selia dan pengawasan pasaran saham amat diberi penekanan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC), Indeks Syariah Kuala Lumpur (KLSI) dan Bursa Malaysia, di mana sesuatu aktiviti pelaburan halal hendaklah dilaburkan hanya di kaunter-kaunter pelaburan yang halal dan diluluskan oleh Majlis Pengawasan Syariah (MPS) yang terdiri daripada pakar ekonomi Islam, mufti, intelektual Islam dan sebagainya. Ianya juga melibatkan bon kerajaan, perkongsian untung al-Mudharabah, projek pelaburan di bawah prinsip al-Bai Bithaman Ajil, harta bangunan, dan lain-lain lagi.
Menurut Buletin Malaysian Islamic Capital Market (MICM) yang dikeluarkan oleh SC untuk bulan November 2006 (Bil. 1, No. 3), merekodkan bahawa terdapat hampir 886 stok atau 86 peratus pelaburan saham di Bursa Malaysia adalah diklasifikasikan sebagai halal serta shariah compliant. Fenomena ini boleh dilihat pada Papan Utama dan Kedua Bursa Malaysia yang meliputi stok barangan pengguna, barangan industri, pembinaan, dagangan/khidmat, kewangan, infrastrukur, hartanah, perladangan, perlombongan, hotel, teknologi, reits, dana tertutup, dana pertukaran dagangan dan Mesdaq.


Di samping KLSI, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) turut bertindak secara positif sebagai pemangkin bulis daripada pasaran saham luar negara bagi mencatatkan rali berterusan ke paras tertinggi di mana saham mewah dan waran mampu meraih laba kukuh. Situasi ini menurut Kaladher Govindan (2007) bergantung kepada momentum positif termasuk usaha pengambilan untung dan minat jualan yang turut mempengaruhi saham-saham di kaunter halal bagi melepasi paras psikologi serta breakout KLCI. Seterusnya Indeks Perindustrian Dow Jones dan pengumuman Rizab Persekutuan Amerika Syarikat untuk mengekalkan kadar semalamannya pada 5.25 peratus pada 30 Januari 2007 turut membantu meningkatkan sentimen positif pelaburan serta mengurangkan kebimbangan terhadap kelembapan ekonomi dan pasaran saham Malaysia.(Kontrak Binaan Luar Negara Tambah Minat Pelabur Asing, Berita Harian, 5 Februari)
Menurut penganalisis saham Nazri Khan (2007) pula, KLCI dan KLSI masing-masing mencatatkan kenaikan tinggi sebanyak 37 peratus dan 35 peratus semenjak bermulanya menaik yang kukuh pada bulan Jun 2006. Sejak itu, kedua-dua indeks itu telah mewujudkan 'keluk parabolik yang tinggi' daripada 1,061 mata hingga 1,140 mata bagi Indeks Komposit dan 150 hingga 160 mata untuk Indeks Syariah. Menurut beliau, selagi garisan parabolik merentasi aliran menurun, pasaran Malaysia terutamanya di kaunter-kaunter halal secara teknikal kekal menaik. Ketika sektor teknologi lemah (ditutup pada 28.95 mata) menjejaskan sedikit kekukuhan pasaran manakala sebilangan sektor termasuk kewangan, industri, hartanah, perladangan dan perkhidmatan baru-baru ini menunjukkan prestasi baik dengan mencatatkan rekod. (Pasaran Diramal Terus Tarik Pembeli, Utusan Malaysia, 5 Februari)
Konklusinya, sebagai institusi intermediary, bagi Nik Mustapha Nik Hassan (2006), pasaran yang mantap, efisien, aktif, dan berdaya maju sudah pasti memiliki daya tarikan kepada masyarakat dalam dan luar negara untuk melabur dalam pembelian saham terbitan tempatan terutamanya saham-saham mewah seperti Proton, Golden Hope, Kulim dan lain-lain yang sebahagian besarnya merupakan pematuhan prinsip syariah secara teknikalnya berpotensi untuk mencatatkan untung kenaikan. Jumlah nilai dagangan yang bertambah besar akan menambahkan lagi dana dan peluang firma tempatan mengembangkan aktiviti ekonomi mereka. Oleh itu usaha untuk meningkatkan pembesaran dan pengemaskinian tred saham bagi menarik pelabur adalah usaha yang perlu kepada sesebuah negara secara holistik dan berterusan. Kejayaan mewujudkan kemantapan, kecergasan dan kestabilan pasaran saham adalah indikator positif kepada mekanisme pentadbiran dan pengurusan ekonomi negara kita.

Tuesday, April 20, 2010

PERUBATAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Ubat dan perubatan merupakan satu bidang yang tidak asing lagi di dalam agama Islam. Malahan kewujudannya telah menjadi bukti dan pelengkap kepada kesyumulan agama Islam. Tidak wujud secara nyata dan bersistematik bidang perubatan ini di dalam agama lain. Bahkan perubatan China yang tidak kurang hebatnya itupun telah cuba disingkapkan bahawa ia mempunyai kaitan dengan teori-teori perubatan yang dicetuskan oleh Ibnu Sina, tokoh perubatan Islam.

Terdapat banyak keterangan dan bukti sama ada daripada al-Quran ataupun hadith yang menerangkan secara langsung ataupun tidak berhubung dengan bidang perubatan di dalam Islam. Umpamanya Allah Swt telah menerangkan bahawa ayat-ayat al-Quran sendiri menjadi penawar kepada orang-orang yang beriman seperti mana yang difirmankan:
وننزل من القرأن ما هو شفاء ورحمة للمؤمنين ولا يزيد الظالمين الا خسارا
Maksudnya:
Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadaNya, dan sebaliknya Al-quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keengkaran mereka) melainkan kerugian jua.
(Al-Isra’:82)
Seterusnya Allah SWT berfirman lagi:
قل هو للذين أمنوا هدى وشفاء والذين لا يؤمنون فى أذانهم وقر وهو عليهم عمى
Maksudnya:
Katakanlah (Wahai Muhammad): “Al-Quran itu menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar begi orang-orang yang beriman dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi).
(Fussilat :44)

Selain dari itu, terdapat juga hadith-hadith Rasulullah SAW yang memperkuatkan lagi peripentingnya bidang perubatan di dalam Islam, antaranya Baginda bersabda:
عليكم بالشفاء والقرأن والعسل
Maksudnya:
Hendaklah kamu berubat dengan dua perkara iaitu al-Quran dan madu.
Seterusnya sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh abu Hurairah r.a yang berbunyi:
قال رسول صلى الله عليه السلام: ما انزل الله من داء الا أنزل له شفاء
Maksudnya:
Sabda ýRasulullah SAW. Tidaklah Allah menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan (juga) penawarnya.
Hadith tersebut telah diperkuatkan lagi dengan hadith lain yang diceritakan oleh Imam Ahmad bin Hambal:
عن أسامة بن شريك قال: كنت عند رسول الله عليه وسلم وجاءت الاعراب فقالوا: يا رسول الله اتداوى؟ قال نعم, يا عباد الله تداووا فان الله لم يضع له شفاء غير داء واجد قالوا ما هو قال الهزم.
Maksudnya:
Daripada Usamah bin Syarik berkata: Ketika aku bersama-sama Rasulullah SAW, datang sekumpulan orang-orang Badwi, bertanyakan Baginda, apakah boleh kami mengubati penyakit. Jawab Rasulullah SAW: “Yam wahai hamba-hamba Allah berubatlah kamu sesungguhnya Allah SWT tidak menjadikan sesuatu penyakit itu melainkan dijadikannya juga untuknya penawar melainkan satu penyakit sahaja”. Mereka bertanya apakah penyakit itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: “Tua”.

Selanjutnya terdapat hadith Rasulullah yang berbunyi:
اسئلوا الله العفوا والعافية وانه ما اوتى احد بعد يقين خيرا من معافاة
Maksudnya:
Pohonlah daripada Allah kempunan dan a’fiat, sesungguhnya seseorang itu tidak diberi (perkara) yang lebih baik selepas keyakinannya melainkan a’fiat.

Menurut para ulama’ yang dimaksudkan dengan a’fiat itu ialah keadaan yang lebih baik daripada sihat. Atau dengan kata lain seseorang itu akan ditambahkan nikmat dan rahmat daripada Allah SWT setelah keyakinannya itu.

2.0 KEPENTINGAN PENJAGAAN DAN KESIHATAN

Kesihatan yang terjamin dan kehidupan yang menyelesaikan adalah sebahagian tuntutan kehidupan manusia. Sakit pula merupakan ujian daripada penciptanya yang maha bijaksana, manusia diperintahkan supaya berikhtiar melalui jalan perubatan dan ia tidak menafikan tawakkal. Apabila ubat telah serasi dengan penyakit sembuh akan muncul.

Sabda Rasulullah SAW:
عن ابن مسعود رضى الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
ما انزل الله من داء الا وقد أنزل معه شفاء علمه من علمه وجهله من جهله
Sabda Rasulullah lagi:
عن جابر بن عبدالله رضى الله عنهما عن رسول الله صلى الله عليه وسلم انه قال:
لكل داء دواء فان أصيب الداء الدواء برىء باذن عز وجل.

3.0 KEPERLUAN PERUBATAN
Keperluan perubatan terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:
I. Al-Quranul karim.
II. HADITH,
III. AL ASMAUL HUSNA
IV. DOA,
V. DOA PENDINDING
i. pagi
ii. petang
iii. malam
iv. sesudah sembahyang fardhu
v. selepas menunaikan qada’ hajat

Doa-doa yang dibaca adalah berupa zikir, ayat-ayat al-Quran dan doa keselamatan serta perlindungan. Di antara amalan berbentuk doa pendinding ialah doa pagar di dan rumah.
lain-lain keperluan dalam perubatan ialah:
i. senaman
ii. mengurut

SENAMAN
Pelbagai jenis senaman yang diajar untuk mengekalkan pelbagai jenis kesihatan seperti untuk penggang, suara, awet muda, kekuatan tenaga, nafas dan sebagainya.
Ia juga dapat membina kekuatan mental dan menghapuskan perasaan negatif yang berselindung dalam diri.
Menurut sejarah, sesetengah senaman diubah kepada tarian yang bertujuan menguatkan otot-otot, sendi atau melancarkan pergerakan tubuh badan. Sebenarnya senaman tadi elok dilakukan di waktu pagi dan sebelum tidur.

MENGURUT
Mengembalikan kepulihan urat saraf, dapat melancarkan perjalanan darah, angin, lendir dan mengekalkan tahap kesihatan yang baik. Waktu terbaik untuk mengurut ialah waktu pagi dan malam. Alat yang biasa digunakan ialah minyak.

PEMAKANAN
Mengawal kesihatan dengan menjaga pemakanan yang baik adalah lebih diutamakan berbanding dengan menggunakan kapsul-kapsul, pil-pil atau ubatan yang sepertinya. Di dalam Islam, pemakanan yang baik itu dilihat dari segi halal, tiada shubhah dan khasiatnya yang tinggi. Kadar pemakanan yang baik telah disebut oleh Rasulullah SAW.
Masalah yang dihadapi oleh umat Islam hari ini ialah menghadapi makanan yang syubhah dan tidak berkhasiat, di samping itu juga mereka terdedah dengan bahan makanan yang boleh merosakkan keseimbangan kesihatan mereka.

PENGGUNAAN UBAT-UBATAN RAWATAN
Penggunaa ubat-ubatan hanya diperlukan apabila pesakit benar-benar memerlukan penawar tersebut. Ia hendaklah diberikan sekadar yang diperlukan sahaja, kerana pemberian ubat-ubatan yang berlebihan boleh mnyenyebabkan perubahan mizaj atau bad effect di kemudian hari. Di hari ini, kebanyakan pil dan kapsul disertakan dengan kesan sampingan yang tidak mengurangkan kesan yang buruk kepada pesakit.

BEBERAPA RAWATAN UNTUK PENYAKIT
a) Menguatkan ingatan
Makanan-makanan yang kaya dengan glukosa seperti kismis, badam. cengkih,
manakala rempah-rempahnya pula adalah جوز بور

b) Menambahkan darah
Hati binatang, burung, jintan hitam, dan jadam arab.

c) Mencuci buah pinggang
Karpus, jerangan merah

d) Kencing tidak lawas
Kulit buah delima, akar lalang

e) Tension
Perasaan tertekan yang ketara menyebabkan hilangnya pertimbangan mental, dan kawalan bertindak sebarang yang boleh mengurangkan tekanan tersebut boleh
digunakan untuk merawati pesakit tersebut.

f) Histeria

g) Lelah
Burung but-but, burung ciak rumah, udang galah
Boleh juga melakukan rawatan dengan melumurkan tilikan sulung minyak dari
sumbu pelita pada lubang tengkuk yang terlatak di antara dua lubang selangka.

h) Mengelakkan was-was
Was-was adalah satu daripada tipu daya syaitan. Untuk mengelakkannya,
seseorang itu hendaklah membaca

i) Gastrik
Mereka yang menghidapi gastrik hendaklah mengamalkan meminum air susu
tepung tanpa gula di setiap pagi. Lain-lain barang beralkali juga boleh meredakan
penyakit.

j) Disengat binatang berbisa
Apabila disengat binatang berbisa seperti kala jengking tebuan, labah-labah,
pingat dll, bolehlah diasahkan pada air salah satu bahan di bawah iaitu:
i.alit besi
ii.kayu bokor putih
iii.biji asam jawa
Bahan-bahan tadi boleh dicampur untuk dilumur dibahagian yang sakit dan minum.

k) Mengelakkan kesantauan
Kesantauan lebih kerap berlaku melalui santau angin tetapi terdapat beberapa
santau lain yang sering kali dilakukan oleh anggota masyarakat kita. Cara
mengelakkannya ialah dengan membaca di bawah sebelum tidur.
Di samping itu sesetengah ulama’ menambah supaya membaca suratul ma’un

l) Menghilangkan kerinduan
Kerinduan itu tanda kasih tetapi kerinduan keterlaluan boleh memudharatkan diri
sendiri. Untuk mengelakannya, seseorang itu boleh melakukan:
i-melayan perassan tersebut dengan sekali lalu sahaja (kaedah ini banyak
menekankan pronsip ilmu jiwa).
ii-menyediakan dan mencium pakaian keluarga yang dirundui. Pakaian itu
hendaklah terdiri daripada pakaian yang sudah dipakai belum dibasuh.
iii-membaca surah Ad-Dhuha 7 kali pada air di waktu pagi.
Kemudian meminum dan menyapu muka dengan air tersebut.


BEBERAPA KHASIAT HERBA DAN AKAR KAYU

a) Kulit kayu manis
Selsema, menguap dan mengelokkan mata dan luka-luka luar.
b) Jemuju
Melawaskan perut
c) Gerangau merah
Membuang angin-angin dan lendir-lendir, medu uluran, semput dan lelah.
d) Kaff maryam
Memudahkan bersalin
e) Jadam arab
Memecahkan lendir-lendir angin dan darah
f) Halba
Melancarkan suara, melawaskan kencing, memperbanyakkan susu kepada ibu.
g) Biji selasih
mengelokkan suara, menyejukkan tubuh badan
h) Gula batu
Mengelokkan suara, meredakan tengkuk, mengurangkan batuk
I) Rutab (kurma)
Elok dimakan oleh perempuan yang baru bersalin bertujuan
i-menyihat dan menguatkan tubuh badan
ii-membanyakkan susu
iii-mengelokkan peranakan
Ia juga mempunyai kelebihan yang besar kepada mereka yang berbuka puasa dengannya.

HAID
Seringkali sebelum atau selepas kedatangan haid, seseorang perempuan akan merasai sakit-sakit pada bahagian perut dan kemaluannya di samping malas, letih, berat badan dan sebagainya Melatih diri dengan senaman dapat mengurangkan bebanan tersebut.

TIDAK LANCAR PERJALANAN HAID
Kemungkinan perkara ini menimpa disebabkan berlakunya perubahan-perubahan pada sifat darah, faktor-faktor rahim atau tubuh badan tersebut. Lain-lain kesan sampingan dari penyakit tersebut adalah seperti pedih-pedih pada bahagian perut, tulang belakang tengkuk, kencing tak lawas, hilang selera makan dan lain-lain. Ia boleh dirawati dengan memakan jintan hitam. Bahan yang sama juga boleh digunakan sesudah mengambil pil pencegah haid (ketika mengerjakan umrah) bagi mengelakkan senggugut dari melanda seseorang di kemudian.

GANGGUAN MAKHLUK GHAIB

Sama ada disebabkan permusuhan, kekosongan atau sebagainya, gangguan ini seringkali menimpa mereka yang lemah pertahanan rohaninya. Ia boleh menyebabkan kesakitan, kelainan sikap dan kerosakan mental.
Oleh kerana ia merupakan bidang ilmu yang sulit, maka rawatan terbaik, pesakit dinasihatkan agar memperdekatkan diri kepada Allah dengan memperbanyakkan amalan-amalan kerohanian yang menguatkan jiwa.

Diantara ayat-ayat dibaca seperti berikut:
1) Al fatihah
2) Al- Baqarah 1-4
3) Al-Baqarah 63-64
4) Al-Baqarah 255
5) Al-Baqarah 286
6) Al-Imran 18
7) Al-Imran 26-27
8) Al-A’raf 54
9) Al-A’raf 118-122
10) Yunus 79-82
11) Taha 65-69
12) Saffat 1-10
13) Al-Hasyr 21
14) Al-Ikhlas 3 kali
15) Al-Falak dan An-Nas 3 kali

Di antara sebab-sebab gangguan makhluk halus ialah:
1) Pertahanan diri yang lemah
2) Penakut atau lemah semangat
3) Permusuhan sama ada secara disedari atau tidak, Orang yang ingin bermusuh itu
mengupah bomoh untuk mengkhianati dan menyakitkannya. Seringkali juga berlaku mereka yang bermusuh itu sendiri adalah terdiri daripada bomoh- bomoh. Ketika ini, ia tidak perlu mengupah orang lain lagi sebaliknya melakukannya sendiri.
4) Dendam akibat ditolak peminangan, memungkiri janji, dikhianati atau sebaliknya.

Di antara bentuk-bentuk gangguan pula adalah seperti:
1) santau
2) polong
3) hantu raya
4) jembalang tanah
5) dewi-dewi (berterbangan di udara)
6) hantaran-hantara yang ditanam di tempat-tempat tertentu
7) gangguan makhluk-makhluk (ghaib) yang berupa penunggu sesuatu tempat.

Di antara teknik-teknik pengesanan yang mudah untuk mengesan gangguan di atas ialah:
1) mimpi
2) penjelasan-penjelasan mengenai bentuk gangguan
3) waktu, masa dan ketika ( sama ada secara berkala, terapung dan lain- lain.)

Monday, April 19, 2010

5 SEBAB MENJADIKAN BER"COUPLE"� HARAM


Pada asasnya, hukum bercinta-kasih, berpasangan( couple) atau seumpamanya adalah harus. Akan tetapi terdapat beberapa perkara/tindakan yang boleh menyebabkannya menjadi HARAM. Antaranya :
PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA
Sesebuah perhubungan ˜istimewa" antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka dan sebagainya.  

KEDUA: TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA
Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti ber"dating", ber"shoping" dan sebagainya hatta ada yang sampai ke peringkat "membonceng". Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap "caring" seperti memanggil darling kepada pasangannya. Paling tidak, pasti di dalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya. Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan. Yang paling penting, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut diharamkan. Kaedah Fiqh ada menyebutkan : sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram. Justeru berdasarkan kaedah ini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah haram.


KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA
Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita. Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di luar batasan. Sebabnya adalah kerana Islam memelihara kehormatan seorang wanita.  

KEEMPAT: MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR
Di dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak menghabis duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT) atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya. Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki yang perlu mengeluarkan duit poketnya. Terdapat juga keadaan di mana si perempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan kad top-up handset yang out of control. Hanya kerana call untuk tanya khabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup mentop up handset mereka beberapa kali dalam seminggu. Cuba bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat remeh dan tidak perlu. Paling menyedihkan, wang tersebut adalah pemberian keluarga yang seharusnya digunakan bagi tujuan pengajian. Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia adalah hutang yang perlu dibayar selepas tamat pengajian. Justeru, penggunaan kedua-dua jenis wang ini kepada perkara yang tidak wajar adalah tidak harus dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Israa ayat 27)

KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA
Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yangtidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di hadapan Allah. Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah. (Rujuk kitab al-Halal wal Haram
Fil Islam, Dr. Yusuf Al-Qardhawi)

Thursday, April 15, 2010


Suatu ketika Rasulullah SAW datang untuk solat. Kemudian beliau melihat satu kumpulan sahabat r.a sedang bergurau dan tertawa-tawa. Demikian kerasnya mereka bergurau sehingga gigi mereka terlihat. Maka Rasulullah SAW bersabada," Jika kalian banyak mengingat maut maka keadaan yang sekarang saya lihat ini tidak akan terjadi. Untuk itu perbanyaklah mengingat mati.

Di dalam kubur tidak akan ada satu hari pun yang terlewati, tanpa kubur mengeluarkan kata-katanya :

"Aku adalah rumah yang tak mengenal persahabatan .

"Aku adalah rumah yang penuh debu"

"Aku adalah rumah penghabisan"

"Aku adalah rumah kalajengking"

Jika seorang mukmin diletakkan di dalam kubur maka kubur akan berkata:

" SELAMAT DATANG, BAGUS SEKALI ENGKAU TELAH DATANG, SEBANYAK APAPUN ORANG YANG TINGGAL DI ATAS BUMI, ENGKAULAH YANG PALING AKU SENANGI. SEKARANG ENGKAU TELAH DATANG, MAKA LIHATLAH AKU AKAN BERBUAT YANG TERBAIK BAGIMU".

Setelah itu kubur akan meLEBAR seluas pandangan MAYIT tadi, dan akan dibukakan salah satu pintu surga baginya. Sehingga menghembus angin surga ke arahnya dan tercium bau harumnya surga."

Jika seorang yang BERAMAL BURUK dimasukkan ke dalam kubur, maka KUBUR akan berkata:

"TIDAK ADA SELAMAT DATANG BAGIMU. SUNGGUH BURUK KEDATANGANMU INI. DARI SEMUA ORANG YANG BERJALAN DI ATAS BUMI INI, KAULAH YANG PALING AKU BENCI. SEKARANG ENGKAU TELAH DATANG KEPADAKU, MAKA LIHATLAH BAGAIMANA AKU TUNJUKKAN YANG PALING BURUK BAGIMU."

Setelah itu pun kubur merapat dan terus menghimpitnya, sehingga tulang belulang saling bertumpah tindih. Kemudian ada 70 ekor ular yamg datang menyiksanya, yang jika sedikit saja bisa ular tersebut jatuh ke permukaan bumi, maka tidak ada satu helai rumput pun yang dapat tumbuh di atasnya.

ULAR-ULAR ITU AKAN TERUS MENYIKSANYA HINGGA HARI KIAMAT.

Kemudian Rasulullah SAW bersabda, " Kubur adalah swalah satu taman dari taman-taman surga, atau salah satu jurang dari jurang-jurang neraka,"

Faedah :

Rasa takwa atu takut kepada Allah adalah bekal yamg sangat penting. Inilah yang selalu dipirkan Rasulullah SAW sehingga menyebabkan beliau termenung sendirian. Di samping itu, MENGINGAT MAUT MERUPAKAN PERBUATAN YANG SANGAT BERMANFAAT.oleh karena itulah Rasulullah SAW menggambarkan keadaan kubur dengan yang sebenarnya agar kita dapat selalu MENGINGAT KUBUR.


se x lagi ..................." MENGINGAT KUBUR ADALAH SANGAT PENTING DAN BERMANFAAT "............

4 PERKARA YANG LEBIH BAIK

Rasulullah bersabda yang maksudnya:-

"Ada empat perkara dipandang baik tetapi ada empat perkara lagi yang dipandang lebih baik"

4 PERKARA YANG DIPANDANG BAIK

Sifat malu seorang lelaki adalah baik.

Keadilah daripada setiap orang adalah baik.

Taubat bagi orang tua adalah baik.

Sedekah daripada orang kaya adalah baik.

4 PERKARA YANG DIPANDANG LEBIH BAIK

Sifat malu seorang perempuan adalah lebih baik.

Keadila daripada seorang pemimpin adalah lebih baik.

Taubat bagi orang muda adalah lebih baik.

Sedekah daripada orang fakir adalah lebih baik.

Bercinta Menurut Islam

Dalam Al-Quran dalam surah Al-Nur ayat 30-31 memerintahkan kaum lelaki dan wanita Islam menutup pandangan dari perkara maksiat, menjaga kehormatan diri dan tidak boleh menzahirkan perhiasan badan kecuali yang biasa kelihatan sahaja iaitu muka dan tapak tangan bagi kaum wanita. Perasaan cinta sebenarnya adalah perasaan semulajadi yang wujud pada badan manusia. Mereka cinta kepada ayah ibu, anak, sahabat handai dan lain-lain. Islam tidak pernah melarang cinta ini, cuma yang Islam tekankan ialah teknik bercinta itu sendiri.

Jika cinta seseorang itu kepada bapa dan ibunya melebihi cinta kepada Allah dan rasulnya, jelas perbuatannya ini satu perbuatan yang bercanggah dengan nas al-Quran. Seseorang yang bercinta mengikut cara Islam begitu mudah, tidak payah sebagaimana sangkaan sesetengah pihak. Apabila hatinya berkenan kepada seseorang gadis hendaklah ia menunaikan solat hajat atau istikharan dua rakaat. Setelah keputusannya bulat kepada gadis terlibat hendaklah ia meminang gadis itu melalui ibubaoanya atau secara terus kepada gadis terlibat, seterusnya melangsungkan perkahwinan.

Setelah berkahwin bolehlah suami tadi bercinta dengan isterinya sebanyak mana yang ia mahu, kerana cara ini adalah satu cara yang paling halal di sisi Allah dan syarak. Inilah satu-satu caranya bercinta dalam Islam, bukan sebagaimana yang banyak berlaku sekarang bercinta-cinta bertahun-tahun sehingga banyak berlaku perkara mungkar dan maksiat dan menjadi masalah kepada negara.

kawan...

kata mak, KAWAN tu ibarat lebah, habis madu
s
epah dibuang....... kata abah, KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang
cantik dipegang sakit..... kata atuk, KAWAN tu seperti air terus
mengalir..... kata nenek, KAWAN tu bak bulan dipuja dan disanjung tp
nun jauh di sana.... kate sedare, kawan tu mcm makanan, kawan makan
kawan!! kata abang, KAWAN tu seperti lembu mengikut saje ape
dikata........ kata kakak, KAWAN tu tak ubah macam durian bau je busuk
tp sedap dimakan.... kata adik, KAWAN tu macam biskut sekejap ade
sekejap takde....... kata saya, kawan tu tak kisahlah camner.. walaupun
dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTI
LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!! dia tetap kawan...
tau tak sebab ape??? sekali saya dah kawan ngan dia selamanye dia ttp
kawan saya... itu cara saya berkawan..!! If I dont get this back I
understand... I have a game for you. Once you read this letter, you
must send it to 14 people that you really care about, including the
person that sent it to you. if you recieve at least 7 back then you are
AMAZING walaupun kita mempunyai kekasih, tapi teman tetap paling setia.
walaupun kita punyai harta yg banyak, teman tetap paling berharga.